Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia

Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia

Seorang lelaki yang menikam isterinya dalam kejadian di Bahau pada Sabtu lepas meninggal dunia awal pagi tadi.

Suspek berusia 32 tahun itu meninggal dunia di Hospital Jempol pada 3.06 pagi, disebabkan radang paru-paru akibat keracunan ammonia, menurut Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook.



“(Suspek) mendapat rawatan awal di Hospital Jempol pada hari sama dia menikam isterinya. Polis ke Hospital Jempol kira-kira 5.30 petang kelmarin (Sabtu) untuk mengesahkan keberadaan suspek di hospital.

Suspek ketika itu dalam keadaan separuh sedar ketika menerima rawatan awal di bahagian kecemasan Hospital Jempol, katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu dilaporkan seorang wanita berusia 30 tahun cedera selepas ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri, dipercayai akibat perselisihan faham.

Susulan kejadian, suspek melarikan diri ke sebuah kebun durian di Jelebu sebelum bertindak minum racun rumpai.



Dia kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

Sementara itu, wanita yang cedera ditikam itu telah dibenarkan pulang semalm selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. FMT

Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang



Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain



Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker