Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
Abang pelumba basikal negara Shah Firdaus Sahrom meminta orang ramai tidak ‘menyerang’ pelumba Jepun yang terbabit dalam kemalangan pada di final acara keirin lelaki Olimpik semalam menyebabkan adiknya cedera dan terlepas peluang memenangi pingat.
Ridwan Sahrom, yang juga seorang pelumba trek, berkata kemalangan boleh berlaku tanpa mengira niat dan kesalahan tidak seharusnya diletakkan ke bahu mana-mana pihak secara tergesa-gesa.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tetap tenang dan tidak menyerang pelumba Jepun tersebut di media sosial.
“Harap kekal tenang dan jangan menyerang atau meninggalkan komen buruk di media sosial pelumba Jepun,” tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, dalam hantaran yang sama, peminat telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
“Keputusan yang adil diperlukan. Kami berpotensi meraih pingat gangsa jika bukan kerana pelumba Jepun. Kami hanya peminat yang kecewa dan kami sangat menyokong pelumba kami,” kata pengguna @affiqshamil.
“Setidak-tidaknya, perlu ada keadilan untuk memastikan ia adil kepada kami. Harap Shah lebih baik,” kata @azy_0706.
Malah, ada peminat yang mendakwa Shah Firdaus telah disabotaj dan beliau layak mendapat keadilan, kerana Malaysia berpotensi memenangi pingat gangsa dalam acara itu jika tidak kerana kemalangan itu. BH
Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’