Jangan cuba jadi hero

Zahid bidas Annuar isu tanah Kesedar

Jangan cuba jadi hero

GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi membidas bekas menteri Annuar Musa kerana cuba menjadi ‘hero’ dalam isu membabitkan tanah peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Zahid berkata Annuar seharusnya menyedari masalah itu turut berlaku ketika beliau memegang jawatan menteri pembangunan luar bandar dari 1993 hingga 1999 dan sepatutnya diselesaikan dalam tempoh terbabit.



“Saya tak mahu menyentuh mana-mana peribadi tetapi kalau individu itu (Annuar) pernah menjadi menteri pembangunan luar bandar sepatutnya masalah itu selesai ketika beliau jadi menteri, kenapa dibangkitkan semasa PRK Nenggiri.

Tepuk air di dulang sekarang memercik di muka, kelemahan dan kekhilafan dilakukan (zaman beliau) kami terpaksa tanggung, katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk Jeram Tekoh.

Tapi tak mengapa demi rakyat, peneroka dan peserta Kesedar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kita akan bantu selesai segera.

Minggu lalu, FMT melaporkan harapan penduduk Nenggiri termasuk peneroka tanah Kesedar supaya masalah pemberian geran yang ada sesetengah kes berlarutan sejak 1983 dapat diselesaikan segera.



Semalam, Annuar yang kini menyertai PAS mencadangkan supaya supaya tanah seliaan Kesedar diberikan terus oleh kerajaan negeri kepada peneroka tanpa melalui agensi kerajaan pusat terbabit selepas didakwa gagal menyelesaikan isu pemilikan tanah sejak berpuluh tahun lalu.

Zahid turut menegaskan isu tanah peneroka Kesedar adalah di bawah bidang KKDW dan menafikan dakwaan kenyataan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud bahawa isu tanah peneroka hanya boleh diselesaikan kerajaan negeri.

Sementara itu, Zahid berkata Kesedar sedang berunding untuk melaksanakan kaedah memecahkan lot tanah kediaman untuk generasi kedua peneroka bagi menyelesaikan isu pertindihan dua nama atas lot sama.

Kita juga akan menyelesaikan isu pembahagian tanah bagi kes tertentu melalui faraid bagi mengelakkan berlaku pertikaian antara adik-beradik, katanya. FMT



Jangan cuba jadi hero

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker