Tersasul DAP ‘kafir harbi’, kita rehatkan, tersasul Hidup Israel masih kekal jawatan – Annuar Musa
Perikatan Nasional (PN) merehatkan seorang ahlinya daripada kempen PRK Nenggiri selama tiga hari selepas mendakwa DAP
kafir harbi
ketika mengacarakan sebuah majlis kelmarin.
Pengarah Operasi PN bagi PRK Nenggiri, Annuar Musa, berkata ia bagi memastikan keadaan kembali tenang susulan kontroversi itu.
Baru kelmarin kita gantung (rehatkan) seorang pengacara majlis ceramah kita sebab terlepas cakap. Tapi (pemimpin Barisan Nasional) yang tersasul sebut ‘hidup Israel’ masih kekal pegang jawatan lagi,
katanya ketika berucap dalam ceramah di Jeram Tekoh malam tadi.
Juruacara majlis kita tersasul sikit, padahal ayat dia pun tak salah, boleh betul lagi. Dia berpendapat DAP ini kafir harbi, boleh bahas lagi, tapi sebab kita rasa kasar, kita minta rehat dulu, ibarat main hoki keluar padang sebentar.
Semalam, beberapa pemimpin Melayu DAP menuntut permohonan maaf susulan video tular memaparkan seorang individu menggelar parti itu
kafir harbi
dalam sebuah ceramah sempena PRK Nenggiri pada Khamis lalu.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman dilaporkan turut menuntut PAS dan PN menyuarakan pendirian sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau dikeluarkan individu terbabit.
Annuar berkata, tiada keperluan PAS memohon maaf kepada DAP kerana perkara itu subjektif dalam politik, selain dakwaan ahli itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukannya pendirian parti.
“Kita kalau nak bahas, boleh bahas, ada benda yang kita boleh pertahan, ada juga tidak. Tetapi, dalam musim pilihan raya ini, kita tak nak ada sebarang sentimen atau kekeruhan.
“Jadi, setiausaha agung (PAS) memaklumkan kepada saya, kita minta orang kita bertenang dan itu menjadi peringatan kepada yang lain-lain. Kita akan kekal berkempen dengan cara penuh beretika, termasuk penceramah serta juruacara.
Kita cakap benda-benda fakta dan kita menggalakkan semua orang bersatu padu, jangan marah-marah, jangan bermusuhan dan Alhamdulillah setakat ini kempen kita jauh lebih beretika daripada BN,
dakwanya.
Dakwaan guna jentera kerajaan negeri berkempen
Annuar meminta Zahid membuktikan dakwaan PN menggunakan jentera kerajaan Kelantan untuk berkempen pada PRK Nenggiri.
Katanya, ia berbeza dengan apa dilakukan pihaknya yang menunjukkan bukti terhadap dakwaan salah laku BN menggunakan jentera dan agensi kerajaan pusat untuk berkempen.
“Tunjukkanlah, kalau kita ada (buat) tegurlah. Tegur, kita akan baiki kalau ada, tapi jangan sebut saja tak ada bukti.
Saya dah ‘up’ dalam Facebook. Saya buktikan penyalahgunaan bangunan dan kenderaan kerajaan pusat (oleh BN).
Terdahulu, Zahid dilaporkan meminta parti lawan melaporkan kepada pihak berkuasa, jika ada bukti BN menyalahgunakan aset kerajaan untuk berkempen pada PRK Nenggiri dan pihaknya sedia menyiasat dakwaan itu.
Zahid tidak menolak kemungkinan kerajaan Kelantan pimpinan PAS turut melakukan perkara sama menggunakan aset negeri ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.