Pesawat terhempas, 61 penumpang maut
Sebuah pesawat penumpang terhempas di kawasan pedalaman Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, mengorbankan kesemua 61 orang di dalam pesawat dan disahkan oleh syarikat penerbangan Voepass, menurut Xinhua.
Syarikat penerbangan itu memaklumkan jumlah mangsa terkorban adalah 61, bukan 62 seperti yang dilaporkan pada awalnya.
Voepass dalam satu kenyataan menjelaskan pesawat yang terhempas di bandar Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat anak kapal.
Pesawat syarikat penerbangan serantau Brazil itu sedang dalam perjalanan dari bandar Cascavel di selatan Parana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.
Pesawat yang mempunyai kapasiti untuk membawa 68 penumpang itu terhempas ke atas rumah di kawasan kejiranan Capela de Vinhedo.
Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, ketika menghadiri satu acara di pelabuhan Itajaí, di selatan Santa Catarina turut
meminta semua hadirin bertafakur seketika sebagai tanda penghormatan.
Presiden menyatakan ‘solidariti sepenuhnya terhadap keluarga dan rakan mangsa’ di platform sosial X.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.