Perjuangan Nur Dhabitah dalam acara terjun berakhir, catat tempat tercorot
Penerjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah Sabri, menamatkan perjuangan di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menduduki tangga tercorot daripada 12 peserta pada saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita.
Nur Dhabitah, yang beraksi menerusi kuota tidak digunakan atlet negara lain, mengumpul 244.80 mata keseluruhan untuk berada di kedudukan ke-12 selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Olimpik
Sama seperti semalam, penerjun berusia 25 tahun itu bermula baik dengan meraih 63.00 dan 60.00 mata bagi terjunan pertama dan kedua untuk meletakkan dirinya dalam perebutan pingat.
Namun, percubaan terjunan back 2½ somersaults membawa padah apabila hanya mendapat 37.50 mata, manakala kesilapan dalam percubaan reverse 2½ somersaults menyaksikan beliau hanya meraih 28.50 mata, sebelum memperbaiki prestasi untuk meraih 55.80 mata pada terjunan terakhir.
Nur Dhabitah mara ke final selepas menduduki tempat kelapan dengan keseluruhan 286.95 mata pada pusingan separuh akhir, semalam.
Penerjun China, Chen Yiwen, berjaya mengekalkan dominasi China dalam acara itu sejak edisi 1988 Seoul, apabila meraih emas dengan 376.00 mata, manakala rakan senegara, Chang Yani, meraih gangsa dengan dengan 318.75 mata.
Pingat perak menjadi milik Maddison Keeney dari Australia dengan 343.10 mata.
Ketika penampilan sulungnya di Rio 2016, Nur Dhabitah menamatkan saingan di tempat kesembilan dalam acara 10m platform individu dan kelima dalam acara 3m papan anjal seirama bersama gandingan dengan Cheong Jun Hoong.
Di Tokyo 2020, beliau terlepas kedudukan podium dengan tipis apabila menamatkan saingan di tempat keempat acara 3m papan anjal.
Malaysia pernah meraih dua pingat di kolam terjun Olimpik, iaitu Pandelela Rinong meraih pingat pertama Malaysia apabila meraih gangsa acara 10m platform wanita di London 2012, seterusnya rangkul perak bersama Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama di Rio 2016.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’
You must be logged in to post a comment.