JDT ‘rogol’ Kedah 6-0
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pulang dengan tangan kosong selepas membelasah pasukan itu 6-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal mendominasi takhta liga dengan mengumpul 22 mata selepas mengharungi lapan perlawanan manakala skuad kendalian Nafuzi Zain kekal di tangga kelapan dengan mengutip enam mata.
Malah, ia adalah kekalahan ketiga skuad Sang Kenari kepada skuad Harimau Selatan musim ini.
Sebaik babak pertama bermula, skuad kendalian Hector Bidoglio sudah berada di hadapan pada minit kelapan berpunca daripada bola lambungan Heberty Fernandes di kawasan tengah padang membuka ruang buat Bergson da Silva yang menanduk bola untuk memperdaya Jose Cleyton sebelum merembat bola kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Kalamullah A-Hafiz Mat Rowi.
Kealpaan benteng KDA FC hampir dihukum tuan rumah pada minit ke-18 selepas Juan Muniz bijak melorong bola masuk ke dalam kotak penalti untuk Oscar Arribas bertindak merembat bola mujur Kalamullah berada di posisi terbaik menepis bola keluar dari kawasan bahaya.
Tindakan Mohd Akmal Md Zahir yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada minit ke-38 berpunca bola sepakan Fernandes mengundang padah selepas Bergson yang tidak dikawal mudah melambungkan bola melepasi Kalamullah untuk mencetak gol kedua peribadi.
Bersambung babak kedua, skuad Sang Kenari yang ketinggalan 0-2 cuba menyusun gerakan bagi memburu jaringan tetapi agak malang apabila taruhan Milos Gordin dan Ebenezer Assifuah tampak gagal memberi sumbangan yan efektif di posisi serangan apabila mudah dipatah benteng JDT.
Sebaliknya JDT menambah duka pelawat pada minit ke-64 selepas bola lorongan Afiq Fazail membolehkan Bergson menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan berjaya mencipta hatrik.
Derita KDA FC berterusan apabila giliran Feroz Baharudidn mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-73 apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat sebelum merembat bola menewaskan Kalamullah.
Selang dua minit kemudian, berpunca daripada bola umpan Bergson menyaksikan pemain gantian Murilo Henrique yang tidak dikawal merembat bola leret menewaskan Kalamullah buat kali kelima dalam perlawanan itu untuk meletak tuan rumah mendahului 5-0.
Skuad Harimau Selatan terus meratah Sang Kenari pada minit ke-79 selepas bola rembatan Arif Aiman Hanapi terkena tiang gol sebelah kiri namun Afiq yang berada di posisi terbaik melakukan rembatan susulan untuk melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.