Ustazah cedera dilibas pisau rambo ketika bantu mangsa tikaman dalam tandas surau

Ustazah cedera dilibas pisau rambo ketika bantu mangsa tikaman dalam tandas surau

“Kami dengar jeritan minta tolong sebelum lihat guru besar dan seorang wanita berlumuran darah di dalam tandas surau,” kata Salwiah Yusof, 37, mengenai kejadian serangan oleh seorang lelaki bersenjata pisau di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, dua wanita berusia 20-an dan 50-an terbabit cedera ditikam dan dilibas lelaki yang melarikan diri menaiki kereta jenis Audi.



Salwiah yang juga guru Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Al-Ehsaniah itu, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang membuat persiapan untuk memulakan sesi pembelajaran waktu petang manakala guru lelaki ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Menurutnya, sebelum kejadian wanita berusia 20-an itu dipercayai singgah untuk menunaikan solat Zohor dan masuk ke dalam tandas surau sebelum diserang seorang lelaki.

“Secara tiba-tiba kami terdengar suara jeritan wanita dan guru besar yang berada berhampiran terus berlari ke tandas untuk memeriksa apa yang berlaku.

“Guru besar lihat wanita terbabit sedang bergelut dengan lelaki itu dan ada kesan cedera di perut dipercayai ditikam. Ustazah cuba membantu mangsa tapi turut dilibas suspek menyebabkan cedera di tangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Salwiah berkata, dia dan rakan sekerja lain turun ke lokasi sebaik mendengar jeritan kuat kedua-dua mangsa dan melihat mereka sudah cedera manakala lelaki itu melarikan diri.

Katanya, pihak sekolah kemudian menghubungi ambulans dan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Roselee Mohamed, 70, berkata terdapat tiga kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan surau, namun kesemuanya tidak berfungsi.

“Ada tiga CCTV termasuk satu di kawasan luar surau tapi sudah tidak berfungsi.



“Ini kejadian pertama membabitkan senjata berlaku di surau ini sejak ditubuhkan pada tahun 1987,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian dia berada di masjid untuk mendirikan solat Jumaat dan surau itu memang sentiasa dibuka bagi kemudahan jemaah lain yang mahu singgah menunaikan solat. BH

Ustazah cedera dilibas pisau rambo ketika bantu mangsa tikaman dalam tandas surau

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep



Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker