Takiyuddin kantoi (Video)

Tapak pejabat Kesedar memang milik Kesedar

Takiyuddin kantoi (Video)

GUA MUSANG: Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Zawawi Othman nafi dakwaan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan konon tanah tapak pejabat agensi itu di Gua Musang masih milik kerajaan negeri.

Zawawi berkata, pihaknya sudah memiliki geran penuh daripada kerajaan negeri dan secara tidak langsung tapak pejabat itu milik sepenuhnya Kesedar.



Tiada lagi kaitan dengan kerajaan negeri. Tapak pejabat Kesedar sudah ada geran, saya menafikan tuduhan dibuat Takiyuddin, kita sudah bayar premium dan dapat geran, jadi tak perlu nak kelirukan, katanya kepada FMT.

Selain tanah tapak pejabat Kesedar, beliau berkata kawasan lain termasuk ladang dan penempatan peneroka juga milik agensi bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu yang mempunyai geran tanah hak milik kekal.

Katanya, negeri hanya mempunyai kuasa menukar nama kepada pemilik individu sebaliknya hak menyampaikan geran peneroka adalah kuasa Kesedar jika membabitkan tanah milik agensi itu.

Dalam ceramah di Sungai Asap A sempena kempen PRK Nenggiri semalam, Takiyuddin mendakwa tapak tanah pejabat Kesedar di Gua Musang seluas 200 ekar masih milik kerajaan negeri.



Isu membabitkan tanah Kesedar menjadi polemik apabila Takiyuddin pada 3 Ogos lalu mendakwa agensi itu tidak memproses ribuan lot tanah diluluskan kerajaan negeri untuk diberikan kepada peneroka.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata Kesedar akan menyerahkan hak milik tanah seluas 7,000 hektar kepada peneroka dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata proses pecah lot untuk tanah berkenaan sudah selesai dilakukan.

Seramai 2,200 peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar akan mendapat hak milik tanah berkenaan. Perkara ini dalam proses sebelum diserahkan hak milik kepada peserta membabitkan 7,000 hektar, katanya selepas program bertemu penduduk di Renok Baru. FMT



Takiyuddin kantoi (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang



Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain



Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker