Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin

Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mendakwa dia dipanggil polis susulan kenyataannya ketika ceramah bahawa Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) tidak memproses beribu lot tanah untuk diluluskan kerajaan negeri.

Kata Takiyuddin, dia tetap mempertahankan kenyataannya itu meskipun berdepan berdepan ugutan tindakan undang-undang termasuk laporan polis yang telah dibuat Pemuda Umno.



“Polis telah panggil, kita akan pergi, cuma tak sempat pergi lagi sebab sibuk. Kerana ada laporan polis dari Pemuda Umno kata saya ugut, ugut ke macam itu?

“Jangan main laporan polis, jangan main di mahkamah, tapi kalau nak main sungguh tak apa kita mainlah lepas ini,” katanya ketika berceramah di Sungai Asap A di Gua Musang di Kelantan, malam tadi.

Pada 3 Ogos lalu, Takiyuddin ketika ceramah di Kampung Bertam Lama mendakwa, sebahagian besar permohonan pemilikan tanah yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri, tidak diselesaikan Kesedar.

“Ribuan lot iaitu 602 permohonan di Limau Kasturi dan 1,374 permohonan di Sungai Terah di sini sudah diluluskan oleh kerajaan negeri.



“Bagaimanapun masalah berkenaan tidak diselesaikan oleh Kesedar menyebabkan geran tanah tidak dapat diberikan kepada penduduk,” katanya.

Kenyataan Takiyuddin itu bagaimanapun dinafikan Pengerusi Kesedar, Zawawi Othman yang menegaskan tanah milik Kesedar adalah hak agensi berkenaan tanpa membabitkan kerajaan negeri Kelantan.

Zawawi turut mengingatkan pimpinan PAS supaya tidak mencampuri urusan Kesedar kerana agensi itu mempunyai cara tersendiri untuk memberi geran kepada peneroka.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Zawawi yang juga ketua penerangan Umno Kelantan sepatutnya menjelaskan perkara itu di pentas ceramah ketika kempen untuk rakyat menilai.



“Zawawi cabar saya, nak saman saya, pemberita tanya saya nak jawab apa, komen saya ialah akan jawab dalam ceramah, kita orang politik, bila kita tak puas hati jangan bawa ke mahkamah.

“Kalau bawa ke mahkamah itu pondan orang panggil, berlawanlah dalam pentas politik ini, beri penerangan jawab apa yang kita persoalkan kenapa hak milik tanah yang telah diberikan kepada Kesedar tidak diberikan kepada peneroka,” katanya lagi.

Takiyuddin turut menuntut Zawawi membuat penjelaskan mengapa tanah yang menurutnya sudah diluluskan permohonan Hakmilik Sementara (QT) oleh kerajaan negeri kepada Kesedar belum lagi diserahkan kepada peneroka termasuk di Sungai Asap.

“Sekarang geran berada di tangan Kesedar, kena tanya pengerusi Kesedar ini kenapa tak diberikan kepada peneroka,” katanya lagi. Mk



Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker