Doktor masak, pramugari hidang
Dr Arjanggi dan isterinya Putri Nur Shanee bersama berniaga makanan.
Doktor masak, pramugari hidang
DARI awan biru sebagai pramugari Emirates Airline, kini menjadi peniaga makanan di tepi jalan.
Langkah berani wanita ini mengubah perjalanan hidupnya dengan meninggalkan kerjaya popular itu sangat mengagumkan.
Apatah lagi, dia ‘menanggalkan’ uniform pramugari ketika berada di kemuncak kerjaya dengan gaji bulanan mencecah lima angka di Dubai.
Selain itu, dia membuat keputusan terbesar dalam kehidupannya antara lain mahu ‘menamatkan’ hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama suaminya yang sebelum ini bertugas sebagai doktor perubatan di Indonesia.
Putri Nur Shanee Rosli, 32, berkata, dia nekad berhenti kerjaya pada 2020 untuk meneruskan perancangan bersama
suami berniaga makanan di bawah khemah tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.
Menurutnya, dia dan suami menceburi bidang jualan makanan kerana minat serta mencuba nasib, meskipun menyedari risiko tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Suami pula sanggup belajar memasak masakan Minang daripada ibunya (ibu mentua) yang memang mahir dengan hidangan berkenaan.
“Semua 40 hingga 50 hidangan lauk yang dijual di gerai ini adalah masakan daripada air tangan suami sepenuhnya. Saya pula bertanggungjawab dalam memastikan khidmat layanan di gerai, kualiti makanan bersih dan terjaga serta membantu menguruskan tempahan dalam talian dan pembungkusan,” katanya.
Ibu pada dua cahaya mata itu berkata, dia tidak pernah berasa malu berniaga di tepi jalan dan berpanas berada di bawah khemah.
“Ini mungkin kerana saya bukan berasal daripada keluarga berada dan sudah berdikari dengan bekerja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Pelbagai pekerjaan saya lakukan sebelum memulakan kerjaya sebagai pramugari di Emirates Airline pada 2015,” katanya.
Tambahan pula katanya, dia meminati pekerjaan yang berkaitan khidmat pelanggan dan membabitkan urusan dengan orang ramai.
“Antara tugas saya ketika bekerja sebagai pramugari ialah memberikan layanan kepada pelanggan dari serata dunia.
“Sekarang ini melayan pelanggan tempatan yang berbeza profil tetapi pengalaman menyeronokkan,” katanya.
Putri Nur Shanee berkata, dia tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya pramugari dengan gaji yang diterimanya pada masa itu agak mewah kerana beranggapan ia adalah rezeki dan takdir yang tertulis.
“Saya memilih pendekatan bertawakal sepanjang perjalanan menjadi peniaga makanan tepi jalan.
“Malah saya bersyukur pengorbanan ini berbaloi apabila perniagaan mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pelanggan.
“Di samping itu, saya memilih menjadi peniaga kerana suka mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang baharu.
“Impian pada masa hadapan ialah ingin membuka restoran makanan Minang dan berharap ia akan tercapai,” katanya.
Wanita berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, walaupun hanya lima tahun berkhidmat sebagai pramugari tetapi pelbagai pengalaman sudah dilaluinya.
Katanya, paling tidak boleh dilupakan ialah insiden pesawat penerbangan ke Trivandrum, India, yang dinaiki terhempas ketika melakukan pendaratan di Dubai.
“Kejadian ini berlaku sangat pantas kerana pesawat dalam keadaan biasa tanpa sebarang amaran situasi kecemasan.
“Masa hendak mendarat, tiba-tiba pesawat bergegar dan enjin meletup serta terbakar.
“Kemudian dapat panggilan daripada ketua pramugari meminta anak kapal dan penumpang keluar daripada pesawat,” katanya.
Jelasnya, dia hanya mengalami kecederaan ringan pada kaki dan bersyukur tiada kemalangan jiwa yang mana kesemua lebih 250 penumpang selamat. HM
Doktor masak, pramugari hidang
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.