Bot berlanggar di Semporna, 2 hilang dikhuatiri lemas

Bot berlanggar di Semporna, 2 hilang dikhuatiri lemas

Dua penumpang dikhuatiri lemas, manakala seorang lagi parah selepas bot mereka dilanggar bot lain di perairan Pulau Sebangkat, dekat Semporna.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Selasa lalu, dua mangsa hilang dikenali Rommek Tura, 30, dan Jimal, manakala penumpang parah dikenali Reymar serta seorang lagi penumpang terselamat, Bocoi juga berusia 30 tahun.

Pengarah Zon Maritim Semporna Amir Shubli berkata bot dinaiki empat mangsa dikatakan keluar ke laut pada 5 petang Isnin lalu sebelum dilanggar sebuah bot lain di perairan Pulau Sebangkat.

Namun, individu yang melanggar bot mangsa telah melarikan diri, katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata Reymar yang cedera di lengan, lutut dan belakang badan dirawat di wad kecemasan Hospital Semporna.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu diaktifkan untuk operasi mencari dan menyelamat, dengan dua bot dari Zon Maritim Semporna digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat daripada IPD Semporna.

Operasi memasuki hari ketiga kini diperluaskan kepada lima sektor dengan penambahan radius kawasan kepada 27 batu nautika persegi, katanya sambil menambah operasi itu turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam serta Taman-Taman Sabah. FMT

Bot berlanggar di Semporna, 2 hilang dikhuatiri lemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker