Shamsul Anuar jawab dakwaan Radzi Jidin

Shamsul Anuar jawab dakwaan Radzi Jidin

GUA MUSANG: Seorang pemimpin Umno menafikan dakwaan parti itu cuba merahsiakan ‘perkahwinan politik’ dengan DAP apabila melarang sekutunya dalam kerajaan perpaduan itu turun berkempen pada PRK Nenggiri, 17 Ogos depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Shamsul Anuar Nasarah berkata Barisan Nasional mempunyai strategi sendiri memastikan kemenangan calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan enggan melayan persepsi cuba dibangkitkan lawan.



Menurutnya, kenyataan Umno ‘cuba merahsiakan perkahwinan dengan DAP’ dibangkitkan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dalam ceramah malam tadi hanya strategi lawan untuk memburukkan BN.

“Paling penting kita berdepan rakyat di Nenggiri dengan penuh berhemah.

Kalau rakyat beri peluang kepada calon kita (Azmawi), boleh bawa pembangunan dan kebajikan, katanya selepas satu program di sini.

Beliau mengulas kenyataan Radzi yang menyifatkan tindakan Umno ‘menghalang’ DAP daripada turun berkempen ibarat cubaan merahsiakan ‘perkahwinan’ atau kerjasama kerana tahu pengundi Melayu tidak suka dengan sekutunya dalam kerajaan.



Dakwanya keadaan itu akan menyebabkan majoriti pengundi Melayu di DUN terbabit tidak akan mengundi calon BN.

Ahli Parlimen Putrajaya itu turut mendakwa kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Sungai Bakap membuatkan Umno tidak mahu DAP turun berkempen di Nenggiri.

PRK Nenggiri menyaksikan Azmawi ditentang calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas DUN Kelantan mengosongkan kerusi terbabit apabila penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim terlucut keahlian dalam Bersatu susulan tindakannya menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim. FMT



Shamsul Anuar jawab dakwaan Radzi Jidin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker