Annuar Musa masuk bakul angkat sendiri
Annuar bukan panglima Umno tetapi ‘Hang Jebat’ macam Jailani
Annuar bukan panglima Umno tetapi ‘Hang Jebat’ macam Jailani
Annuar Musa tidak layak mengangkat dirinya sebagai panglima Umno kerana beliau pernah menikam parti dari belakang dan terpalit pelbagai kontroversi, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi.
Puad berkata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz sepatunya memasukan nama Annuar dalam senarai ‘Hang Jebat’ setaraf dengan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang kini menyertai PAS.
Semalam, Puad menyindir Nik Abduh yang melabel Jailani sebagai ‘Hang Jebat’ dengan berkata Kalau ikut buku Sejarah Melayu…Jebat seorang penderhaka,.
“Masa berkempen di Meranto, Annuar Musa mengangkat dirinya panglima Umno Kelantan, 37 tahun jadi ketua bahagian dan 28 tahun Ahli MKT. Panglima tidak akan lari apatah lagi tikam parti dari belakang.
Dia puji dirinya banyak buat jalan di Gua Musang. Sedangkan dia banyak kontroversi, dakwanya di Facebook dengan merujuk penggantungan Annuar ketika dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia dan pengerusi Mara.
Annuar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ketereh diumumkan menyertai PAS pada Jun 2023 sebelum dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti itu.
Mengulas lanjut, Puad turut mendakwa Annuar memutar belitkan isu Muafakat Nasional (MN) dan tidak mempersoalkan PAS yang didakwa bermain ‘dua lawang’.
Kalau soal ummah kenapa jemput Bersatu tapi halang Amanah sertai MN? katanya. FMT
Annuar bukan panglima Umno tetapi ‘Hang Jebat’ macam Jailani
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jep tak puas hati, ini respons Mamat