Awie penerus legasi Ku Li di Nenggiri
Mohd Azmawi adalah calon yang layak di Dun Nenggiri
Awie penerus legasi Ku Li di Nenggiri
Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani adalah calon yang mempunyai kredibiliti untuk meneruskan legasi bekas ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Nenggiri.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Shamsul Anuar Nasarah, berkata Mohd Azmawi wajar diberi ruang untuk berkhidmat kepada pengundi di DUN Nenggiri.
“BN mengemukakan calon berwibawa dan Mohd Azmawi tokoh yang mampu melaksana tanggungjawab mewakili orang muda terutamanya dan rakyat di Nenggir dan Gua Musang.
“Kita harap rakyat beri mandat kepada beliau untuk beliau menyuarakan isu rakyat bukan hanya di Nenggiri tapi seluruh Kelantan.
“Ini calon terbaik mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki rakyat.
“Ya (Mohd Azmawi penerus legasi Ku Li) kita harap rakyat menerima, apa kita pilih menepati dan sesuai dengan hasrat pengundi,” katanya kepada media.
Shamsul Anuar berkata demikian selepas menghadiri program bersama Rela di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di Gua Musang, hari ini.
PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi yang terbabit memilih mengundi secara pos.
Mohd Azmawi bakal dicabar Mohd Rizwadi Ismail yang dipertaruhkan Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi berkenaan. Mk
Awie penerus legasi Ku Li di Nenggiri
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal