Russia hantar senjata ke Iran sebagai tindak balas kematian Haniyeh
Russia hantar senjata ke Iran sebagai tindak balas kematian Haniyeh
Russia telah mula menghantar sistem pertahanan udara dan radar canggih ke Iran susulan ancaman Iran untuk bertindak balas terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran yang disyaki dilakukan Israel, lapor The New York Times yang memetik sumber pada Isnin.
Sebelum ini, media Iran melaporkan Tehran memohon sistem pertahanan udara dan dua pegawai Iran yang bercakap kepada The New York Times mengesahkan permohonan itu yang menyusuli lawatan Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu, ke Tehran pada Isnin.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bertemu Shoigu dan mengecam tindakan jenayah dilakukan Israel terhadap rakyat Gaza yang tertindas dan tidak berdaya serta pembunuhan Haniyeh pada Rabu minggu lalu.
“Republik Islam Iran sama sekali tidak berusaha untuk meluaskan skop perang dan krisis di rantau ini,” Pezeshkian dipetik sebagai berkata oleh media negara Iran. “Tetapi rejim ini (Israel) pasti akan menerima balasan atas jenayah dan keangkuhannya.”
Moscow juga mengecam pembunuhan Haniyeh yang berkhidmat sebagai pemimpin politik Hamas.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berikrar “hukuman keras” untuk Israel selepas pembunuhan ketua kumpulan itu dan berkata: “Kami menganggap menjadi tugas kami untuk membalas dendam atas darahnya kerana dia syahid di wilayah Republik Islam Iran. ”
Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Selasa apabila kebimbangan semakin meningkat mengenai konflik semakin meluas di seluruh Asia Barat. BH
Russia hantar senjata ke Iran sebagai tindak balas kematian Haniyeh
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya
You must be logged in to post a comment.