Lebih 20 pemimpin Liga Awami, keluarga maut selepas Hasina larikan diri
Lebih 20 pemimpin Liga Awami, keluarga maut selepas Hasina larikan diri
Lebih 20 pemimpin Liga Awami dan ahli keluarga terbunuh dalam keganasan di Bangladesh selepas Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India berikutan protes besar-besaran berhubung kontroversi sistem kuota.
Menurut laporan The Dhaka Tribune, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam keganasan di Satkhira, manakala rumah dan premis perniagaan milik beberapa pemimpin Liga Awami dirosakkan dan dirompak.
Di Cumilla, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk lima remaja manakala enam maut ketika rumah tiga tingkat bekas ahli majlis, Mohammad Shah Alam dibakar dalam serangan oleh perusuh.
Sementara itu, empat orang maut selepas kumpulan perusuh membakar rumah Ahli Parlimen, Shafiqul Islam Shimul, semalam.
Penduduk tempatan menemui mayat dua pemimpin Liga Jubo, sayap belia Liga Awami dengan ketua liga, Mushfiqur Rahim, ditemui di bawah jambatan di Sonagazi Upazila.
Di Bogra, kumpulan perusuh membunuh dua pemimpin Liga Jubo.
Penduduk tempatan juga menemui enam mayat dari rumah Setiausaha Agung Bersama Liga Awami daerah, Suman Khan yang dibakar oleh perusuh di Lalmonirhat pada Isnin.
Situasi di Bangladesh kekal tidak menentu dengan kematian akibat pergolakan melebihi 400 orang dan Hasina bersembunyi di India selepas melarikan diri dari Bangladesh kurang sejam selepas meletakkan jawatannya.
Ratusan rumah, premis perniagaan dan kuil Hindu dibakar dan dirosakkan sejak peletakan jawatan Hasina.
Di tengah-tengah protes itu, Bangladesh menubuhkan kerajaan sementara selepas pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus dinamakan sebagai ketua penasihat.
Dikenali sebagai ‘bank orang miskin’, Yunus, 84, adalah pilihan utama pelajar dan pelantikannya dibuat selepas mesyuarat penting yang dipengerusikan oleh Presiden Mohammed Shahabuddin. BH
Lebih 20 pemimpin Liga Awami, keluarga maut selepas Hasina larikan diri
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.