Aliff Aziz sertai tabligh, harap hidayah berkekalan

Aliff Aziz sertai tabligh, harap hidayah berkekalan

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kembali menjadi bahan bualan ramai apabila tular beberapa video dan fotonya aktif menyertai aktiviti keagamaan bersama jemaah tabligh dipercayai di Singapura baru-baru ini.

Perkara tersebut tular selepas pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Taufik memuat naik foto dan video bersama Aliff, 33, yang hadir ke majlis agama.



Menerusi beberapa perkongsian bersama pelantun lagu Sayang Sayang itu, Ustaz Taufik meminta orang ramai tidak mudah menghukum seseorang anya kerana khilaf yang dilakukan pada masa lalu.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?

“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, Ustaz Taufik berharap setiap hal yang dipelajari dalam majlis keagamaan tersebut menjadikan seseorang lebih baik kelak.



“Ulama beritahu, ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana’.

“Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen dibanjiri dengan doa yang berharap Aliff menemui jalan diredai Allah dan diberi kekuatan menjalani segala dugaan hidup.

“Ya Allah suka lihat Aliff tersenyum bersama orang-orang yang baik, semoga dipermudahkan urusan.



“Saya simpati dengan Aliff, harap semuanya baik-baik sahaja,” komen netizen.

Mengimbau semula, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz pernah aktif bersama Jemaah tabligh sekitar tahun 2021.

Ketika itu, dia berkata mendapat hidayah untuk menyertai tabligh selepas melayari Instagram dan perkongsian beberapa selebriti lain. K Online

Aliff Aziz sertai tabligh, harap hidayah berkekalan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker