Rafizi sokong UMNO ketuai kempen di PRK Nenggiri
Umno mengetuai kempen bagi PRK Nenggiri kerana parti itu lebih tahu tentang kawasan Nenggiri dan Gua Musang, menurut Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, justeru lebih baik Umno mengetuai kempen tersebut sementara dia menumpukan perhatian terhadap tanggungjawabnya selaku menteri ekonomi.
“Jadi pendekatan kita ialah – selalu guna ayat ini – kita saling melengkapi. Ada kerusi yang rakan kita lebih kuat, jadi mereka akan ketuai (kempen).
“Sebab itu (mengambil kira) keadaan sekarang, perkara yang terbaik ialah serahkan kepada Umno untuk ketuai kempen sebab mereka lebih tahu kawasan itu berbanding kami dalam PKR atau PH,” katanya.
Rafizi berkata dia memang tidak menyertai kempen di kawasan yang tidak ditandingi PKR.
PH sedia bantu
Mengulas lanjut, dia berkata dengan Umno mengetuai kempen PRK Nenggiri, dia dapat memberi lebih tumpuan terhadap reformasi ekonomi, seperti inisiatif gaji progresif dan isu kritikal yang lain.
“Ini cara yang lebih baik untuk menyumbang kepada kempen – untuk memastikan dasar dan prestasi kerajaan berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Pada 19 Julai lalu, Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata jentera gabungan itu sedia membantu calon BN untuk berkempen dalam PRK Nenggiri.
PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon PN Mohd Rizwadi Ismail.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia tinggalkan saya macam tu sahaja
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya
You must be logged in to post a comment.