Penunjuk perasaan desak Muhammad Yunus pimpin kerajaan sementara Bangladesh

Penunjuk perasaan desak Muhammad Yunus pimpin kerajaan sementara Bangladesh

DHAKA: Penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar Bangladesh mendesak pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus dilantik mengetuai kerajaan sementara, sehari selepas perdana menteri digulingkan dan tentera mengambil alih kuasa.

“Kami telah memutuskan kerajaan sementara akan dibentuk di mana pemenang Hadiah Nobel terkenal di peringkat antarabangsa Dr Mohammad Yunus, yang diterima secara meluas, akan menjadi ketua penasihat,” kata pemimpin utama Mahasiswa Menentang Diskriminasi (SAD), Nahid Islam, dalam satu mesej video.

Semalam, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman menerusi siaran di televisyen negara berkata Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai perdana menteri dan tentera akan membentuk kerajaan sementara.

Waker dijangka bertemu ketua pelajar hari ini.

Yunus, 84, seorang ahli ekonomi yang dihormati kerana membebaskan jutaan penduduk daripada kemiskinan menerusi bank kewangan mikro perintisnya tetapi tidak ‘sebulu’ dengan Hasina yang menuduhnya “menghisap darah” golongan miskin.

“Kami percaya Dr Yunus,” Asif Mahmud, ketua utama kumpulan SAD, menulis di Facebook.

Yunus kini berada di Eropah dan seorang pembantu rapat berkata beliau tidak menerima sebarang tawaran daripada tentera untuk memimpin kerajaan sementara. BH

Penunjuk perasaan desak Muhammad Yunus pimpin kerajaan sementara Bangladesh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker