Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Seorang model wanita berusia 57 tahun di Chicago, Illinois mendedahkan dia tidak lagi meminati lelaki muda selepas jatuh cinta dengan bintang filem Star Trek, William Shatner, lapor portal berita Daily Star semalam.

Elaina St James memiliki reputasi ‘Casanova’ kerana kerap bertukar lelaki lebih muda sebagai peneman.



Namun, selepas berkenalan dengan Shatner, Elaina mula menyukai lelaki lebih berusia, malah menaikkan had umur lelaki idamannya kepada awal 90-an.

Kata Elaina, dia menyukai watak James T Kirk yang dilakonkan Shatner pada tahun 1966 menerusi penampilan sulungnya dalam francais Star Trek.

“Saya membesar dengan menonton Star Trek dan seperti kebanyakan Trekkies (peminat Star Trek), saya berasa James T Kirk lakonan Shatner ialah lelaki terbaik. Dia bersemangat, berani, yakin dan sudah tentu kacak.

“Saya baru-baru ini menonton dokumentari Shatner bertajuk Call Me Bill dan terpegun melihat bahawa selepas lebih 50 tahun kemudian, dia masih mempunyai rasa ingin tahu dan semangat untuk hidup,” ujar Elaina.



Apabila diberitahu bahawa Shatner akan berada di konvensyen peminat pada lokasi hanya beberapa jam dari rumah baharunya, Elaina mengambil peluang untuk bertemu dan bergambar dengan aktor tersebut.

“Bertemu dengan William Shatner mengingatkan saya bahawa umur hanyalah angka dan sikap adalah segala-galanya.

“Dia mungkin berusia 93 tahun tetapi saya akan bertemu janji dengannya dalam sekelip mata,” kata Elaina. K Online

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker