DAP Johor tegur Amanah Kluang

Jangan buat tuntutan terbuka.

DAP Johor tegur Amanah Kluang

DAP Johor berkata parti di dalam kerajaan perpaduan tidak wajar menuntut mana-mana kerusi secara terbuka, merujuk tindakan Amanah menuntut DUN Mahkota dari Umno.

Ketuanya, Liew Chin Tong, berkata sebarang tuntutan kerusi perlu melalui rundingan parti komponen dan akan ditentukan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Biarlah kepimpinan membuat keputusan tanpa sebarang spekulasi serta tanpa mana-mana pihak membuat tuntutan terbuka di media massa, katanya dalam kenyataan.

Menurut Liew, DAP berpegang prinsip ‘incumbency’ iaitu kerusi yang kosong akan ditandingi parti penyandang yang menang pada pilihan raya sebelum ini, sama seperti PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Rundingan kerusi akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PH dan BN, dan DAP Johor akan menghormati keputusan yang bakal dibuat, katanya.

Terdahulu, Ketua Amanah Kluang Zuhan Zain dalam satu sidang media mendesak supaya parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota, yang akan diumum pada 13 Ogos ini.

Beliau berkata ia berikutan Amanah pernah menang kerusi DUN Mahkota pada PRU14 dan turut bertanding pada PRN 2022, namun kalah kepada calon BN Sharifah Azizah Syed Zain.

Kerusi DUN Mahkota diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah pada 2 Ogos lalu. FMT

DAP Johor tegur Amanah Kluang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker