Makan piza sambil tunggang motosikal, polis buru lelaki viral

Tangan kiri lelaki tersebut memegang kotak piza, manakala tangan kanannya memegang makanan itu sambil motosikal bergerak laju. – Istimewa

Polis Indonesia menyiasat sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan kakinya memegang hendal, sementara tangannya memegang piza, lapor laman berita Detik semalam.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Metro Depok, Komisioner Polis Multazam Lisendra, pihaknya akan mengeluarkan saman ke atas individu terbabit.

“Polis mahu mengingatkan setiap pengguna jalan raya bahawa anda wajib menjaga tingkah laku semasa memandu,” katanya.

Sebelum itu, sebuah rakaman video tular menunjukkan lelaki berkenaan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.



Tangan kirinya memegang kotak piza, manakala tangan kanan memegang makanan itu lalu ia dimakan sambil motosikal bergerak laju.

Lelaki berkenaan mengendalikan hendal menggunakan kaki kanannya.

Kejadian itu berlaku di Depok, wilayah Jawa Barat. – AGENSI

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker