Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri

Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Daya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian jam 9.16 malam kelmarin.



Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian disedari oleh ahli keluarga mangsa yang juga suspek pada 8.50 malam.

Menurutnya, suspek adalah sepasang suami isteri warga tempatan berusia 56 tahun dan 78 tahun dan memiliki hubungan rapat dengan mangsa.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa bersama ahli keluarga baharu selesai beriadah di kolam renang pangsapuri berkenaan.

“Selepas itu, mangsa dibawa balik ke rumah di tingkat 16, pangsapuri berkenaan oleh kedua-dua suspek sementara menunggu ibu mangsa bersama ahli keluarga lain yang ke pusat dobi terletak di aras tujuh pangsapuri berkenaan.



“Ketika berada di dalam rumah, kedua-dua suspek meninggalkan mangsa bersendirian di ruang tamu untuk menunaikan solat.

“Selepas selesai menunaikan solat kedua-dua suspek mendapati mangsa tiada di dalam rumah dan hasil pencarian, kedua-dua suspek mendapati mangsa terjatuh di aras 8 pangsapuri itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Raub berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari aras 16 ke aras 8 pangsapuri itu menerusi tingkap bilik tidur yang terbuka serta tidak dipasang jeriji.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.



Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 memandangkan terdapat unsur-unsur pengabaian ke atas mangsa dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM50,000,00 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau
kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi terus di talian 07-2182323,” katanya. HM

Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker