Menteri agama jadikan Kg Sungai Baru sebagai kampung angkat

Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar selaras dengan hasrat kerajaan Madani memartabatkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Mohd Na’im berkata, beliau akan memastikan Kampung Sungai Baru, khususnya Kampung Baru, supaya mendapat lebih tumpuan untuk menangani isu kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah, prasarana dan sebagainya.

“Sebagai anak Kampung Baru, saya rasa amat bertanggungjawab untuk berusaha membantu keperluan warga Kampung Sungai Baru dalam pelbagai aspek, khususya bidang pendidikan dan penghayatan Islam kerana ia berkait rapat dengan bidang tugas saya selaku menteri agama.

Saya membesar di sini dan terdedah dengan hiruk-pikuk kota raya. la menjadi ‘universiti kehidupan’ yang mengajar saya erti semangat tolong-menolong, bekerjasama dan juga perjuangan hidup. Seribu satu kenangan dan nostalgia telah dilalui sehingga membentuk diri saya pada hari ini,



 katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau juga berhasrat menubuhkan Pasukan Kerja Santuni Madani Kampung Baru yang akan dipengerusikan oleh penduduk kampung itu bagi melicinkan gerak kerja yang direncanakan untuk kemajuan kampung.

Pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan ketua setiausaha negara supaya memilih kampung asal atau kampung lain untuk dijadikan kampung angkat bagi memastikan pembangunan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.



Terdahulu, Mohd Na’im dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan kepada tiga asnaf yang merupakan penerima bantuan zakat MAIWP di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Program Ziarah Madani.

Mereka terdiri daripada ibu tunggal Norazian Bistaman, 52; warga emas Siti Norsiah Mashkor, 70; dan penghidap penyakit saraf Badrol Hisham Mohd Noor, 62, dengan kesemuanya menerima bantuan wang tunai dan barang makanan sumbangan agensi itu.

Mohd Na’im turut berkesempatan beramah mesra bersama pengurusan SK Kampung Baru yang dipilih untuk menjadi simbolik penyerahan Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan 2024 berjumlah RM1.5 juta.

Program Gerobok Rezeki Sekolah merupakan inisiatif MAIWP dalam memastikan tiada anak-anak terutamanya murid yang kelaparan,



 katanya.

Dengan konsep ‘ambil atas keperluan, beri tanpa persoalan’, program yang digerakkan dengan kerjasama Pertubuhan Keinsanan Malaysia (Humanity) itu telah memanfaatkan semua pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine



Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker