SPRM tahan CEO bergelar profesor

SPRM tahan CEO bergelar profesor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi bergelar profesor kerana disyaki menyeleweng dana syarikat berjumlah RM270,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 60-an itu ditahan sekitar pukul 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.



Susulan penahanan terbabit, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang berjumlah kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan membeli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat pelantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima lima peratus daripada keuntungan tahunan syarikat,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. MG



SPRM tahan CEO bergelar profesor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker