Fomca gesa SPAN bertindak tegas terhadap Air Selangor

Gangguan bekalan air.

Fomca gesa SPAN bertindak tegas terhadap Air Selangor

Kumpulan pengguna menyeru tindakan tegas terhadap Air Selangor berikutan gangguan air tidak berjadual di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, akibat pencemaran air di dua sungai.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) membidas Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana tidak mempertanggungjawabkan Air Selangor, yang menurut beliau menyebabkan syarikat itu kurang berhati-hati dan kurang kesegeraan.



SPAN mesti denda Air Selangor supaya mereka lebih berhati-hati. Tidak banyak tindakan diambil oleh SPAN terhadap operator air….(operator) perlahan baiki masalah, kata Presiden Marimuthu Nadason kepada FMT.

Marimuthu berkata walaupun gangguan air berlaku sejak 20 tahun lalu, SPAN tiada pelan kontingensi yang serius, terutama untuk hospital dan sekolah.

Kita tidak boleh tutup sekolah. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu, katanya.

Marimuthu berkata Air Selangor sepatutnya melaburkan sebahagian keuntungannya ke dalam perancangan kontingensi, dan bukan bergantung pada lori tangki air semasa gangguan.



Beliau menggesa penggunaan teknologi terkini di sepanjang sungai utama untuk mengesan dan membendung pencemaran lebih awal.

Kami bayar bil air. Anda tidak boleh hanya beri rebat apabila anda henti tugas, katanya.

Marimuthu berkata tiba masanya kerajaan mencontohi model pampasan yang UK laksanakan semasa gangguan bekalan air.

Di UK, jika tiada air lebih daripada 24 atau 48 jam, mereka bayar pengguna. Masalahnya di sini ialah operator mengambil kesempatan atas undang-undang kita yang lemah, katanya.



Pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah membawa kepada henti tugas sementara di empat loji rawatan air, menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di ratusan kawasan di serata Kuala Lumpur dan Selangor.

Air Selangor menggerakan lori tangki air ke kawasan terjejas dalam wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. FMT

Fomca gesa SPAN bertindak tegas terhadap Air Selangor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker