Fazura teguh tuntut keadilan

Fazura teguh tuntut keadilan

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura tetap dengan pendiriannya untuk terus berjihad dan memuat naik hantaran berbentuk maklumat berkaitan apa yang sedang berlaku di Palestin.

Fazura, 40, berkata, mungkin disebabkan kelantangannya bersuara berkaitan isu Palestin membuka mata beberapa pihak dari negara itu dan berkolaborasi dengannya di media sosial.



“Sebenarnya, kita muat naik, buat kerja kita, dan itu jihad kita, kan. Tapi, tentulah mengenai apa yang diperkatakan berkaitan dengan pengiktirafan dan sebagainya, saya tak pasti. Ia berlaku secara tiba-tiba.

“Tapi, dari segi yang kolaborasi-kolaborasi itu, memang datang daripada mereka. Memang mereka ‘jemput’ kolaborasi itu. Mungkin mereka nampak saya banyak memuat naik hantaran berkaitan dan sebagainya. Jadi, adalah beberapa DM (mesej) yang saya terima.

“Ada juga beberapa bantuan yang kita lakukan bersama dan sebagainya. Jadi, dari situlah mereka bersama dengan saya untuk terus menyebarkan maklumat berkaitan Palestin,” katanya.

Walaupun kerap kali dimomokkan dengan ketakutan mengenai impak daripada kelantangan suaranya bakal menjejaskan kariernya, Fazura nampaknya tidak akan mengalah dan bersyukur dengan kekuatan yang diberikan Allah kepadanya.



“Semuanya datang daripada Allah. Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan itu. Ramai yang risau, takut kalau selepas ini tak dapat tawaran kerja dan sebagainya. Tapi, ini jihad saya.

“Allah tahu niat saya. Jadi, saya percaya, rezeki datang daripada Allah dan saya tak risau sama ada akan ada tawaran kerja ataupun tidak,” katanya.

Tambahnya, itu juga menjadi sebab utama, mengapa dia tidak banyak berkongsi mengenai kehidupan peribadi kerana ingin berlaku adil terhadap mereka yang berdepan kesengsaraan.

“Itu juga menjadi sebab kenapa saya tidak banyak memuat naik hantaran berkaitan kehidupan peribadi saya sebab saya rasa tak adil untuk saya tunjukkan. Saya bahagia bersama suami dan anak.



“Tapi, apabila kita melihat ibu-ibu (di Palestin) yang menangis dan meratapi kehilangan anak-anak mereka, tak adil untuk saya tunjukkan. Tapi, saya sayangkan anak saya. Itulah pendirian saya buat masa ini.

“Mudah-mudahan, kita semua bersama-sama mewakili suara-suara mereka di sana. Terima kasih,” katanya. HM

Fazura teguh tuntut keadilan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker