Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri

Seorang suami nekad mengejar dan melanggar kereta yang membawa isteri dan anaknya selepas mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki lain, lapor saluran berita Merdeka.com semalam.

Kejadian berlaku di Sukabumi dekat Balai Polis Cibeureum, wilayah Jawa Barat.

Menurut pegawai polis Cibeureum, AKP Suwaji, motif suspek dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap isterinya.



“Pelaku dilaporkan mengejar kereta berkenaan sebelum melanggarnya di Jalan Garuda Cibeureum,” kata Suwaji.

Pelanggaran menyebabkan kerosakan pada bahagian kereta dan sebuah gerai makan.

“Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” tambah Suwaji.

Menurut mangsa, dia kerap diugut oleh suaminya kerana didakwa mempunyai lelaki lain. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker