Narayan sudah tiada

Puspha Narayan kehilangan ayah.

Narayan sudah tiada

“Nama Narayan yang saya gunakan sepanjang dua dekad dalam industri seni kini sudah tiada.”

Demikian kata pelakon Pushpa Narayan selepas kehilangan bapa tercinta Narayan Rubbiah, 89, yang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang pada Khamis minggu lalu.



Pushpa ketika dihubungi Harian Metro berkata, bapanya dikejarkan ke Hospital Jerantut, Pahang pada Rabu selepas mengalami kesukaran bernafas.

“Saya sempat bercakap dengan bapa di hospital walaupun keadaannya waktu itu sangat lemah. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaganya.

“Namun pada hari Khamis petang doktor sahkan bapa sudah pergi buat selama-lamanya kira-kira jam 4.47 petang dan kehilangannya amat dirasai sehingga sekarang kerana ia adalah kematian pertama dalam keluarga saya.

“Walaupun kami tahu bapa berdepan masalah buah pinggang, tapi dia berada dalam keadaan sihat sebelum ini,” katanya.



Mendiang bapanya selamat dikebumikan di Jerantut Crematorium, Pahang pada Jumaat lalu.

Menurut Pushpa, kehilangan insan tersayang adalah perkara yang paling berat dalam hidupnya, namun dia sudah menerima hakikat itu.

“Sebenarnya ketika sambutan hari bapa baru-baru ini saya memang sudah rasa tak sedap hati.

“Jadi saya ambil peluang melawatnya di kampung. Tak sangka ia adalah momen terakhir saya bersamanya dan saya dapat meluangkan waktu dengannya.



“Saya sekeluarga meraikannya dan melihat dia memotong kek. Tapi hari ini semuanya sudah tinggal kenangan yang akan dirindui,” katanya. HM

Narayan sudah tiada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker