Buang duit bercinta – Adira

Buang duit bercinta – Adira

Biarpun sudah berpisah, keakraban penyanyi Adira Suhami, 32, dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Red, 46, masih terserlah.

Adira masih lagi dalam tempoh edah selepas bercerai talak satu dengan Adnan pada April lalu.



Ternyata, Adira mahupun Adnan masih menjaga hubungan baik apabila sering dilihat mengadakan sesi siaran langsung di platform TikTok bersama.

Namun, timbul juga spekulasi pasangan itu sudah rujuk semula, apatah lagi, Adnan dilihat beberapa kali mengucup kepala Adira secara tak sengaja.

Adira berkata, dia percaya semua orang boleh nampak reaksinya ketika bekas suami mengucup kepalanya.

“Kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenainya. Saya juga tak mahu memanaskan keadaan kerana ia tak membawa apa-apa faedah kepada saya,” katanya ringkas.



Diminta mengulas adakah akan menetapkan sebarang syarat supaya kejadian sama takkan berulang lagi, Adira enggan mengulasnya.

“Itu pun saya enggan komen kerana niat saya hanya ingin membantu Adnan menjalankan perniagaan dalam talian,” katanya.

Adira berkata, dia sudah malas mahu bercinta lagi.

“Ingat bercinta mudah dan tak buang duit? Lagipun, saya ada empat cahaya mata, jadi sukar memulakan perhubungan baharu, pastinya perlu bermula dari awal semula,” katanya.



Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 1. BH

Buang duit bercinta – Adira

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker