Bidin Al Zaifa nafi berlagak

Bidin Al Zaifa nafi berlagak

Pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Bidin Al Zaifa teruja mendapat panggilan membintangi filem seram berjudul Dajal: Satu Malam Dipedajal arahan Pierre Andre.

Bidin, 35, berkata, tiada sebab menolak tawaran kerana Pierre adalah individu disegani dalam dunia perfileman, malah, antara lain mahu mengasah bakat lakonannya.



“Saya bawa watak Fendi yang juga peranan utama dalam filem ini. Saya hanya jadi diri sendiri untuk menjayakan filem ini. Kalau Pierre panggil, takkan saya tak nak terima.

“Sebelum ini, saya ada juga berlakon filem. Saya pernah berlakon filem bergenre aksi dan komedi, tapi seram belum lagi.

“Jadi, bila ditawarkan menjayakan filem dan ada watak besar perlu dibawa, mengapa tak saya ambil peluang ini.

“Sebelum ini, ada berlakon, tapi tak banyak babak. Cuma, kali ini saya diberikan watak besar,” katanya ditemui pada sidang media dan majlis doa selamat filem Dajal: Satu Malam Dipedajal di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, baru-baru ini.



Bidin yang juga penyampai radio gantian Hot FM berkata, dia perlu mempersiapkan diri untuk memberi komitmen dengan sepenuh jiwa dengan tawaran lakonan semakin lebat.

“Persediaan hanya perlu jaga mulut sebab ini adalah filem seram yang menjalani penggambaran waktu malam di Bukit Fraser.

“Pada masa ini, saya perlu jaga kesihatan dan bila ada panggilan membabitkan kerja, saya perlu datang. Kalau perlu berikan komitmen 100 peratus, itu antara perkara yang perlu saya jaga.

“Saya tengok cerita apa ditawarkan kalau belum pernah buat atau skripnya menarik, saya akan terima. Untuk kerja belakang tabir, saya hasilkan lagu,” katanya.



Mengulas cakap-cakap orang yang mendakwa dirinya mula bersikap sombong sejak mengecap populariti, Bidin menjelaskan, perkara itu sama sekali tidak benar.

“Kalau kata saya berlagak, mungkin kadang-kadang saya tak perasan ada yang memanggil. Tapi, kalau hendak kata saya berlagak memang tak logik sebab saya sedar diri, bukannya hebat mana,” katanya.

Bidin pernah terbabit dalam arena perfileman dengan menerbitkan filem Bikers Kental 2 sebelum mewujudkan saluran YouTube sendiri iaitu Waknat TV sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih aktif hingga sekarang.

Dajal: Satu Malam Dipedajal bakal menjalani penggambaran selama 16 hari di Bukit Fraser, Raub, Pahang dengan menampilkan pelakon seperti Amir Nafis, Jay Iswazir, Da’i Syed, Khatijah Tan dan ramai lagi.



Filem ini berkisar perjalanan dua sahabat bekerja sebagai pembersih mayat atau kawasan ditemui mayat. Pada suatu hari, mereka ditugaskan membersihkan rumah yang mana ada tiga mayat dalamnya.

Kerja mereka untuk membersihkan mayat yang sudah reput atau busuk. Apabila tiba di sana, mereka mendapati ada keganjilan berlaku sehinggalah penemuan sebuah buku pelik dan terjadi perkara tidak diingini. BH

Bidin Al Zaifa nafi berlagak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker