Masdo barai kena sidai

oster konsert macam tak mandi

Masdo barai kena sidai

Dikutuk tampak seolah-olah tidak bersiap dalam poster konsert, kumpulan Masdo tampil mempertahankan diri dengan memaklumkan mereka baru menyelesaikan kerja selepas seharian di lokasi penggambaran.

Jelas Putu Ceri, 37, gambar yang diguna pakai dalam promosi adalah merupakan situasi selepas berjam-jam menyiapkan video muzik (MV), bukan tidak mandi seperti dikatakan segelintir pihak.



“Bukan mahu jelaskan apa-apa tetapi gambar yang digunakan diambil semasa kami habis menjalani penggambaran bagi video muzik Pujaanku.

“Proses menjalani penggambaran mengambil masa seharian, memang barai dan disidai semua.

“Kami bagi gambar profil lain tetapi mereka gunakan foto lain yang diambil dalam aplikasi Google,” kata Putu atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie.

Sementara itu, Asmawi turut berterima kasih kepada yang prihatin terhadap penampilan kumpulan mereka yang menjadi satu tamparan untuk mereka berubah.



“Terima kasih juga yang menegur kalau tak kami tidak perasan pun sebab merasakan diri kami sudah tampan.

“Mungkin kami boleh mengambil tatarias kerana sangat santai. Macam Ali dia sudah mula gunakan produk,” selorohnya.

Sebelum ini, Masdo dikecam kerana dikatakan berpakaian kemas tetapi kelihatan seolah-olah tidak mandi dalam poster Round Festival 2024 di Korea pada Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Masdo bakal memeriahkan sambutan ambang merdeka bersama Spider dan Ella dalam konsert Mahardika di Spice Arena Penang, Pulau Pinang 30 Ogos kelak.



Tiket sudah mula dijual bermula Harga RM98 (Standing), RM118 (Silver zone), RM128 (Rock zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP) menerusi laman sesawang www.ticket2u.com. K Online

Masdo barai kena sidai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker