Dari 5XL, kini XL

Jazli turunkan berat badan dari 183kg kepada 99kg.

Dari 5XL, kini XL

SHAH ALAM: Setelah 30 tahun menderita obesiti, seorang lelaki bertekad menurunkan berat badan daripada 183 kilogram (kg) kepada 99kg hanya menggunakan ‘formula’ jaga pemakanan dan bersenam.

Seorang pekerja sambilan, Muhammad Jazli Hassan, 39, berkata, dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.

“Saya mengalami masalah obesiti sejak awal kelahiran sehinggalah saya berusia 30 tahun. Kalau mahu cerita tahap keseriusan obesiti yang saya alami ini, pada usia enam tahun berat saya mencecah 40kg.

“Semakin bertambah usia, semakin bertambah berat badan sehingga mencecah 183kg pada tahun 2015,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dia berkata demikian bagi mengulas video tular di laman sosial, TikTok yang memaparkan dirinya bergambar dengan pakaian bersaiz XXXXXL.

Tambahnya, dia mula menyedari bahawa bertubuh gempal adalah tidak sihat dan boleh membahayakan nyawa.

Pada tahun 2016, Muhammad Jazli memberitahu dia mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

“Ketika itu, berat saya mula merosot tetapi tidak kekal lama kerana dia kemudiannya diuji dengan kemalangan sehingga menyebabkan pergerakan terbatas dan perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana Covid-19.

“Keadaan itu menyebabkan berat badan saya bertambah menjadi 155kg yang mana ia hampir menyamai berat asal (183kg). Bagaimanapun, pada tahun 2023, saya memulakan aktiviti senaman dan jaga pemakanan semula,” ujarnya.

Jelas Muhammad Jazri, walaupun mengalami masalah kegemukkan tetapi dia bersyukur kerana terhindar daripada penyakit yang sering dikaitkan dengan orang berbadan besar.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tidak ada masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Disebabkan itu, saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini untuk kekal sihat,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menasihati ibu bapa untuk tidak memiliki tanggapan bahawa anak kecil yang berbadan besar itu comel.

Katanya, pemikiran itu boleh membahayakan kesihatan si kecil kerana mereka berisiko berhadapan dengan masalah kesihatan apabila dewasa. Sinar

Dari 5XL, kini XL

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker