Ammar Titan dijauhi rakan

Ammar Titan dijauhi rakan

Dalam sekelip mata, kerjaya pelakon dan pengacara, Ammar Titan hancur berkecai gara-gara keterlanjuran tutur kata.

Insiden mempersendakan nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek ketika mengacarakan program Sukan Tak Sentral, tujuh tahun lalu menyebabkan Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan digantung tugas.



Namanya ditolak syarikat produksi kerana bimbang program terbitan mereka tidak diterima stesen televisyen.

Ammar juga didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan secara sengaja.

“Memang insiden ini meletakkan saya pada fasa ‘struggling’ di mana tiada tawaran kerja.

“Dalam waktu sama, saya juga mempunyai anak dan isteri yang perlu ditanggung. Tapi, saya terima apa yang berlaku sebagai ranjau duri anak seni.



“Saya kena sentiasa bersedia kehidupan tidak sentiasa berada di atas. Kita tak boleh terbang terlalu tinggi kerana kalau jatuh, kita yang sakit,” katanya ketika ditemui BH Online pada majlis tayangan filem terbaharu berjudul Siapa Pasang Lampu, baru-baru ini.

Mengulas bagaimana menyusun langkah kembali dan mendapatkan kepercayaan semula, Ammar berkata, dia hantar mesej langsung (DM) untuk cari peluang kerja.

“Kalau ada orang cakap saya ‘sangkak’, saya tak peduli. Jujurnya, saya memang terdesak kerana mencari rezeki buat keluarga.

“Dalam masa sama, berlakon adalah minat, jadi saya jadi ‘gian’ apabila tidak berlakon.



“Dan apabila diberikan peluang, saya buktikan tak rugi mereka mengambil saya berlakon,” katanya.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari apabila kerjaya menuju kehancuran.

“Kalau dari sudut kehidupan dan hubungan sesama manusia, saya lihat orang akan ada orang bersama kita apabila ada kepentingan.

“Tapi, ketika itu juga Allah usir orang yang tak sepatutnya ada dalam hidup saya.



“Ada rakan menjauhkan diri, memulaukan dan tak menghiraukan saya. Mereka terdiri daripada rakan sekolah dan industri.

“Insiden ini juga menjadikan saya manusia lebih peka, matang dan membuatkan saya sukar mempercayai orang terutama sekali orang industri.

“Mereka hanya akan berada dengan saya ketika mendatangkan faedah buat mereka. Pada akhirnya, kita juga kena jaga diri sendiri,” katanya. BH

Ammar Titan dijauhi rakan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker