Syarat jemput Ustaz Wadi Annuar datang ceramah
Ustaz Wadi Annuar nafi ambil bayaran tinggi
Syarat jemput Ustaz Wadi Annuar datang ceramah
Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menepis dakwaan kononnya beliau mengambil bayaran yang terlalu tinggi untuk mengadakan ceramah agama.
Pendakwah bebas itu berkata, beliau tidak pernah mengenakan sebarang bentuk bayaran untuk menyampaikan ilmu agama sejak mula muncul di khalayak pada 2008.
Katanya, beliau hanya menerima apa sahaja yang diberikan kepada penganjur yang mengundangnya untuk berceramah tanpa meminta jumlah tertentu.
“Untuk bayaran sejak 2008 kita tak pernah kenakan jumlah tertentu…tak ada sejak 2008 sampailah hari ini.
“Terpulang kepada pihak penganjur (berikan bayaran) jumlah tidak pernah ditentukan. Jadi, saya pun tak tahu daripada mana ayat mahal tu…saya pun tak tahu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Produk Al-Mubin, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rungutan netizen yang mendakwa, pihaknya mengenakan jumlah tertentu yang agak tinggi untuk hadir berceramah.
Dalam pada itu, Mohamad Wadi berkata, pihaknya hanya mengenakan syarat yang ketat kepada penganjur sekiranya mahu mengundang beliau berceramah.
Katanya, syarat utama itu adalah penganjur perlu menyediakan tempat yang luas untuk dihadiri oleh Jemaah.
“Sebab pengalaman kita berceramah daripada 2008, selepas 2015 saya punya crowd (kehadiran jemaah) dah mula banyak.
“Kita ambil surau yang 200 orang, (tetapi) yang datang 3,000 orang…apa jadi tempat tu waktu ceramah. Jadi huru-hara orang balik, netizen marah saya juga…ustaz dah tau kecil ambik buat apa (berceramah).
“Kemudian kita ambil yang kapasiti 1,000 di masjid tapi, kehadiran 6,000 hingga 5,000 orang terlampau banyak pun netizen marah saya juga…ustaz ambiklah tempat yang luas sikit.
“Saya bincang dengan pasukan dan kami perlu cari tempat yang paling luas, kapasiti solat luas untuk keselesaan orang dengar ceramah, sebab tu kami buat syarat itu,” ujarnya. MG
Syarat jemput Ustaz Wadi Annuar datang ceramah
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)