‘Arwah Nur Farah seorang yang ceria, rapat dengan abang-abangnya’

‘Arwah Nur Farah seorang yang ceria, rapat dengan abang-abangnya’

Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, digambarkan sebagai seorang yang ceria dan rapat dengan ibu serta adik-beradik yang lain.

Abang kepada arwah, Mohd Fariza Azmi Abdullah, berkata beliau jarang berjumpa adiknya dan kali terakhir mereka berkumpul adalah pada sambutan Hari Raya lalu di kampung halaman mereka di Miri, Sarawak.

“Dia seorang yang ceria serta rapat dengan ibu serta kami adik-beradik.

“Kami memang jarang berjumpa dan selama ini dia tak pernah bercerita apa-apa masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai hubungan arwah adiknya dengan suspek yang ditahan, Mohd Fariza Azmi memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai hubungan mereka berdua.

“Pasal lelaki tu saya tak tahu apa – apa. Arwah tak pernah bercerita,” katanya yang memaklumkan masih terkejut dengan penemuan mayat adik bongsu daripada tujuh beradik itu.

Allahyarham juga adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga itu.

Mengenai lokasi pengebumian jenazah, Mohd Fariza Azmi yang menetap di Seri Kembangan, Serdang berkata perkara itu masih dibincangkan dan akan diputuskan selepas ibu serta ahli keluarga lain tiba dari Sarawak malam nanti.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, meminta keluarga diberikan ruang sementara menunggu proses bedah siasat yang dijalankan pada jam 2 tadi selesai.

“Apa yang kami boleh kongsikan hanyalah proses post mortemakan berlangsung pada petang ini.

“Saya mohon semua pihak termasuk media memberi kami ruang untuk fokus pada proses post mortem dan juga proses pengurusan jenazah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut orang ramai dan media tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hati keluarganya. BH

‘Arwah Nur Farah seorang yang ceria, rapat dengan abang-abangnya’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker