Muhyiddin ‘perkenan’ Hamzah sebagai timbalan, Peja tiada pilihan selain berundur
KOTA KINABALU: Menjelang pemilihan parti Oktober ini, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan berundur dari jawatannya untuk memberi laluan kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata secara rela hati mengambil keputusan itu dan sudah berbincang dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan segala perundingan sudah dilakukan.
“Ini satu cadangan daripada Presiden bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan
“Jadi dalam perundingan tersebut, kita telah bersetuju saya berundur tidak menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden dan Datuk Seri Hamzah diminta oleh akar umbi dan kepimpinan untuk mengambil alih jawatan disandang saya ketika ini.
“Bagaimanapun, sudah tentu peranan saya dan rakan-rakan tetap berada dalam barisan kepimpinan.
“Perkara paling penting adalah kita memastikan pasukan BERSATU ini akan terus kekal berjuang demi Allah SWT dan rakyat.
“Perjuangan untuk rakyat itu kita utamakan melebihi kepentingan mana-mana seorang ahli politik. Itu yang telah berjaya kami lakukan.
“Kami bangga tentang itu dan saya harap perkara ini akan jadi teladan buat orang lain kerana di dalam BERSATU, kita cuba memimpin melalui teladan,” katanya ketika ditemui media sejurus selesai menghadiri
Taklimat Peraturan Persidangan BERSATU Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat sini, hari ini.
Turut hadir dua penyandang jawatan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Dr Ronald Kiandee.
Ahmad Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang mengesahkan pihaknya diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berunding dengan barisan pimpinan parti agar tidak berlaku perpecahan akibat pemilihan pada Oktober depan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus