Bapa Baby Syifaa mengaku tak bersalah salah guna RM67,000

Bapa Baby Syifaa mengaku tak bersalah salah guna RM67,000

Bapa kepada Nour Rania Asyifaa Yuseri atau “Baby Syifaa” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM67,000 milik seorang wanita tahun lalu.

Yuseri Yusoff, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan selepas pertuduhan dibacakan.



Tertuduh didakwa menyalahgunakan RM67,000 milik seorang wanita di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada 20 Julai hingga 12 Okt 2023.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Hisan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tetapi, peguam Gaithri Thomas merayu kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya yang bekerja sebagai pempengaruh tiada pendapatan tetap, selain perlu menyara seorang anak perempuan berusia sembilan tahun yang masih bersekolah.



Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos ini.

Yuseri ditahan pada 2.45 petang Selasa lalu berhubung kes penipuan urusan yuran guaman.

Kisah Baby Syifaa mendapat perhatian apabila bayi berusia 15 bulan itu ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Feb 2022.

Kisahnya meraih simpati pelbagai pihak dan ramai menghulurkan derma kepada keluarganya sebagai sokongan untuk mereka mendapatkan peguam terbaik bagi membela nasibnya. FMT



Bapa Baby Syifaa mengaku tak bersalah salah guna RM67,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker