Tak perlu lari, runding saja – Anwar

Tak perlu lari, runding saja – Anwar

Sidang Dewan Rakyat pagi ini bermula gamat apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara sinis menegur blok pembangkang supaya segera berunding mengenai peruntukan, berbanding mengadakan acara larian untuk menuntutnya.

Menjawab soalan Awang Hashim (PN-Pendang) yang menuntut peruntukan kepada pembangkang disegerakan, Anwar menjelaskan kerajaan tidak menetapkan syarat untuk menyokong beliau sebagai balasan mendapatkan peruntukan, sebaliknya ‘hanya berunding dan berbincang’.

“Jadi saya menyeru kepada saudara Pendang, kalau boleh sampaikan ini kepada semua wakil parti , segerakan perbincangan supaya hal ini tidak lagi jadi isu yang memanaskan suhu di dewan ini

“Tak payah berlari ke berjoging ke, tak payah… pergi runding… bincang selesai,” kata Anwar yang juga menteri kewangan pada sesi pertanyaan perdana menteri.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut nama wakil rakyat atau program larian untuk menuntut peruntukan pembangkang terbabit.

Pada 1 Jul lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) menamatkan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen yang berjaya mengutip hampir RM160,000.

Acara larian digelar ‘Langkah Muar’ itu dianjurkan sebagai protes susulan wakil rakyat pembangkang tidak diberikan bantuan peruntukan RM20 juta sepenggal.

Kerajaan melantik Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk berunding dengan pembangkang. FMT

Tak perlu lari, runding saja – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker