Rafizi kena jaga mulut
Rafizi kena jaga mulut
Rafizi Ramli patut mengamalkan sikap rendah diri dan tidak menggunakan perkataan ‘kasar’ ketika berkempen di Sungai Bakap baru-baru ini, kata penganalisis.
Mereka berkata, pendekatan seperti itu lebih cocok mengambil kira statusnya sebagai menteri ekonomi untuk mendapatkan keyakinan rakyat.
Wong Chin Huat dari Sunway University, berkata sebagai menteri berkhidmat kepada orang awam, sewajarnya beliau menahan diri menggunakan perkataan berbaur penghinaan.
“Pengulas, penganalisis, usahawan atau rakyat kebanyakan ada kebebasan luas menggunakan perkataan seperti ‘bahlol’, tidak menteri. Rakyat adalah majikan anda,” katanya.
Rafizi pada hari kempen terakhir mengecam pengkritiknya yang dikatakan mempersoal ‘formulanya’. Beliau yang juga pengarah pilihan raya PKR melabelkan mereka ‘bahlol’ dan ‘bodoh’.
Wong juga menggesa Rafizi memohon maaf ke atas sikapnya itu bukan sahaja pada kempen, malah dalam perhubungan harian.
Dalam pada itu, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia, berkata apa diperkatakan Rafizi tidak wajar terutama ketika berucap kepada orang awam di nusa teras Melayu.
“Kerendahan diri penting ketika berkempen di nusa teras Melayu,” katanya.
“Telah wujud rasa tidak percaya yang signifikan kepada kerajaan Madani dalam kalangan orang Melayu. Jadi, membuat kenyataan menghina tidak membantu mengurangkan jurang sedia ada.”
Dilaporkan, pada PRK Sungai Bakap, Sabtu lalu, orang Melayu memainkan peranan penting dalam usaha pembangkang mengekalkan kawasan itu dengan majoriti lebih besar. Menurut data Perikatan Nasional, gabungan itu berjaya memperoleh 12,776 undi daripada pengundi Melayu.
Sementara itu, James Chin dari University of Tasmania, berkata tingkah laku Rafizi yang dilabel pengkritik sebagai angkuh, tidak memberi kesan terhadap keputusan PRK berkenaan.
Chin berkata, ramai sedar bagaimana sikap Rafizi sebelum ini.
PN menang PRK Sungai Bakap menerusi Abidin Ismail, yang menumpaskan calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dari PKR dengan majoriti 4,267 undi. FMT
Rafizi kena jaga mulut
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.