Zhang Zhi Jie rebah sebelum meninggal dunia


Zhang Zhi Jie rebah sebelum meninggal dunia

KHABAR duka kem badminton China apabila pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam Ahad.

Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.

Sebelum kejadian Zhi Jie dilihat menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.

Berita sedih itu dikongsi menerusi kenyataan bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).

“Pemain perseorangan China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi. Doktor kejohanan dan pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal.

“Dia kemudian dikejarkan ke hospital menerusi ambulans, namun meninggal dunia pada jam 23.20 waktu tempatan semalam (Ahad),” kata kenyataan tersebut.

Badminton Asia, PBSI dan Jawatankuasa Penganjur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA).

“Dunia badminton kehilangan pemain berbakat,” katanya.

Selepas acara berpasukan saingan akan bersambung dengan pertandingan kategori individu. Sinar

Zhang Zhi Jie rebah sebelum meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker