Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar

Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar

BENTONG – Hajat seorang lelaki bersarapan di Bentong bertukar tragedi selepas ditemukan rentung apabila kereta mewah Lamborghini Huracan yang dipandunya terbakar setelah terbabas di Kilometer (KM) 57 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.

Menurutnya, siasatan awal kereta yang dipandu mangsa dari Kuala Lumpur menghala ke Bentong.



“Apabila sampai di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar tembok, menggelusur ke longkang kiri jalan menyebabkan kereta itu berpusing dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa, Fung Swee Yen, 62, terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pemandu kereta terbabit tersepit dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Seorang penumpang wanita yang berada di dalam kereta itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam untuk dibawa ke Hospital Bentong.



Katanya, kereta mewah itu terbakar sepenuhnya akibat kemalangan itu.

Jelasnya, pemandu yang tersepit telah disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”



Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup



Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker