Nora Danish minta ruang
Nora Danish minta ruang
Menjadi bualan hangat sejak melalui episod perceraian dengan Nedim Nazri pada pertengahan Jun lalu, pelakon Nora Danish meminta ruang bernafas untuk bertenang lebih-lebih lagi bekas suaminya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Kata pemilik nama lengkap Nora Danish Hanif, 42, banyak dakwaan tidak benar mengenai dirinya bertebaran dalam media sosial.
“Sejak akhir-akhir ini pelbagai berita yang tidak sahih tentang saya menjadi tatapan umum.
Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas,” katanya menerusi hantaran InstaStory.
Dalam masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu berharap orang ramai tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya dengan menyebarkan sebarang spekulasi tidak benar.
Pada yang segelintir, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okey,” ujarnya.
Selain itu, Nora turut berterima kasih atas kebaikan orang ramai yang sanggup mendoakan dan mengambil berat dengan nasib dirinya.
“Terima kasih atas keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik,” jelasnya.
Sebelum ini, Nora memuat naik hantaran video memberi bayangan dirinya mengimpikan seorang suami yang mampu membimbing ke jalan Allah SWT.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu menyangkal dakwaan tersebut selain memaklumkan tidak mencari suami lagi dalam masa terdekat.
Terdahulu, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.
Namun, aktres itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. K Online
Nora Danish minta ruang
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup