Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Pelakon Nora Danish, 42, menjelaskan imej terbarunya mengenakan penampilan menutup aurat itu adalah bagi memudahkan dia beribadah.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif berkata, dia berada di hospital menjaga bekas suaminya, Nedim dan ingin solat serta mengaji dengan senang.



“Saya sebenarnya mahu berkongsi mengenai penampilan saya kerana ramai yang mencetuskan tanda tanya. Seperti semua sedia maklum, Nedim sekarang di hospital dan saya menjaganya.

“Jadi, saya pakai pakaian yang senang untuk terus mengerjakan solat. Dalam masa sama, saya juga mengaji. Jadi, senang untuk memakai pakaian menutup aurat,” katanya.

Nora juga turut berkongsi perkembangan terkini Nedim namun enggan memberitahu butiran mengenai penyakit Nedim sehingga terpaksa masuk Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Nedim sekarang berada dalam tempoh penyembuhan. Saya tidak boleh kongsikan maklumat mengenai penyakitnya. Itu adalah hal peribadi bagi pihak keluarga bekas suami,” katanya.



Nora juga menafikan dirinya sudah ada keinginan untuk mencari suami selepas berkongsi video dalam Instagram mengenai kisah seorang lelaki yang mahu isterinya taat perintah Tuhan dengan mendirikan solat.

“Saya baru saja bercerai dan masih dalam idah. Saya pun tidak mencari suami dalam masa terdekat. Perceraian saya pun bukan sebab mahu mengahwini orang lain.

“Saya tidak mahu orang berfikiran mengenai itu (mahu cari suami soleh),” katanya.

Baru-baru ini, selain berkongsi fotonya berhijab, Nora turut memuat naik video yang mengetengahkan mesej seorang suami harus membimbing isteri ke jalan Allah.



Terdahulu, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai secara baik. Perceraian itu menyusul selepas Nora memaklumkan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak. HM

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker