Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih

Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih

Penyanyi popular, Jay Jay yang lumpuh separuh badan sejak Jun akibat serangan angin ahmar kini menunjukkan perkembangan positif.

Anaknya, Cammy Fauzi berkata, selepas menjalani beberapa sesi rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan, tahap kesihatan bapanya kini semakin pulih.



Ayah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu dan tidak lama selepas itu, kesihatannya kembali merosot akibat diserang angin ahmar.

“Disebabkan serangan tersebut, ayah mengalami lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan, sekali gus sukar bergerak.

“Namun selepas mengikut beberapa sesi fisioterapi, tahap pemulihannya nampak semakin positif,” katanya.

Jay Jay atau Mohd. Fauzi Darus, 67, selamat menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akhir bulan lalu.



Penyanyi Joget Angan Tak Sudah itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.

Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara. K Online

Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker