Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera

Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera

SHAH ALAM – Dua anggota polis berpangkat koperal cedera selepas kereta peronda (MPV) dinaiki mereka dilanggar kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan – Persiaran Bestari di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam itu, dua anggota polis yang masing-masing berusia 33 tahun luka di bahagian tangan dan muka serta bengkak di kepala.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati MPV polis sedang menuju ke pusat komersial Seksyen 7 selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan kes pergaduhan.

“MPV yang sedang melintasi persimpangan tersebut dalam keadaan memasang siren dan ‘beacon light’ telah dilanggar di bahagian sisi kiri oleh kereta jenis Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

“Akibat pelanggaran, pemandu serta penumpang MPV polis mengalami luka di tangan dan muka serta bengkak di dahi dan kepala telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu Honda City berusia 24 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.



Mohd. Iqbal menegaskan, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zaharizul Zamri ditalian 019-3229097 bagi membantu siasatan,” jelasnya. K Online

Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker