Azizi sah tak bertanding pada PRK Nenggiri

Azizi sah tak bertanding pada PRK Nenggiri

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim tidak akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.

Mohd Azizi berkata sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.



“Ini bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi kita menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti,” katanya kepada pemberita di Gua Musang, semalam.

Selain itu, Mohd Azizi berkata beliau telah menghantar surat kepada Bersatu semalam menggesa parti berkenaan memberi butiran jelas mengenai pemecatan keahliannya.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos. Mk



Azizi sah tak bertanding pada PRK Nenggiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”



Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup



Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker