PRK Sungai Bakap: PAS terpaksa guna nama UMNO untuk tarik undi

PRK Sungai Bakap: PAS terpaksa guna nama UMNO untuk tarik undi

Seorang pemimpin PAS mengajak ahli Umno menyokong Perikatan Nasional (PN) termasuk pada PRK Sungai Bakap untuk ‘menyelamatkan’ parti itu.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama DAP tidak mahu melihat Umno menjadi parti besar seperti dahulu.



Dakwanya, Umno tidak akan bangkit selagi berada dalam kerajaan perpaduan.

“Tak percaya tanya pimpinan DAP dan PH, apakah mereka nak kembalikan Umno sebagai parti nasional seperti dahulu? Pastinya tidak.

“Kalau anda (ahli Umno) fikir untuk selamatkan Umno undilah PN,” katanya pada ceramah PN PRK Sungai Bakap, malam tadi.

PRK Sungai Bakap Sabtu depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan calon PH Joohari Ariffin dengan Abidin Ismail dari PN.



Sebelum ini, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata parti itu akan berusaha menarik seramai mungkin pengundi ‘putihnya’ termasuk ahlinya bagi memastikan kemenangan Joohari, mewakili kerajaan perpaduan.

Katanya, ahli Umno yang menjadi pengundi berjumlah 5,105 orang di lapan pusat daerah mengundi.

Kerusi Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih, kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Nampaknya tanpa sokongan UMNO, PAS takkan menang. Jadi mereka sedaya upaya mahu memperdaya pengundi UMNO untuk mengundi mereka.



PAS lupa bahawa orang UMNO takkan lupa bagaimana PAS menikam belakang mereka bila menerima Bersatu sebagai rakan mereka.

PRK Sungai Bakap: PAS terpaksa guna nama UMNO untuk tarik undi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker