Peserta ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ berhimpun di Kompleks Seri Perdana [VIDEO]
Peserta ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana di sini, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan lapan tuntutan mereka.
Kumpulan berbaju hitam menerusi perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar itu mendesak Perdana Menteri menurunkan kembali harga diesel dan tidak menaikkan harga petrol.
Mereka juga menuntut supaya kerajaan pimpinan Anwar mengembalikan bekalan beras putih tempatan dan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain itu, tuntutan lain yang disuarakan mereka ialah menurunkan kos sara hidup, membela nasib kakitangan kesihatan awam, peruntukan sama rata untuk wakil rakyat, menjamin hak kebebasan bersuara dan menghentikan dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta menjarah aset negara.
Peserta perhimpunan itu juga membawa sepanduk tertera tuntutan yang diminta mereka selain menyanyi mengucapkan terima kasih kepada polis.
Perhimpunan itu bermula pada jam 4 petang dijangka selesai pada jam 7 petang.
Terdahulu, pekarangan Kompleks Seri Perdana di sini, dikawal ketat anggota dan pegawai polis susulan perhimpunan berkenaan.
Malah, laluan masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri serta kawasan sekitarnya dipasang penghadang selepas Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya selaku pemilik tanah.
Media sebelum ini melaporkan perhimpunan dinamakan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’, tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata polis sudah menasihatkan penganjur tidak meneruskan perhimpunan dijadualkan di tempat letak kereta awam berhadapan Kompleks Seri Perdana, pada jam 4 petang itu kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.
Bagaimanapun, penganjur perhimpunan itu akan tetap meneruskannya, meskipun pihak Perbadanan Putrajaya, tidak memberi keizinan untuk berhimpun.
Penganjur yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus berkata, pihaknya merasakan mereka berhak untuk berhimpun dan tidak menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup